Friday, April 2, 2010

Eternal Beauty


Dengan 4 teknologi dalam 1 peranti, Eternal Beauty ialah pengurut kecantikan dan kesihatan yang terulung dan memenangi anugerah di Asia Tenggara yang mengharmonikan alam semula jadi dengan sains, dengan menggunakan material bio kemunculan-semula jadi. 4 teknologi unggul ini boleh digunakan untuk meningkatkan kesan produk penjagaan kulit yang baik, mengangkat payudara, menguraikan selulit, meningkatkan peredaran darah dan melegakan kesakitan otot serta tekanan.

Dengan Eternal Beauty, anda boleh menghilangkan masalah anda dalam 10 minit sahaja dalam sehari menggunakan teknologi ini:

Sinar Inframerah Jauh (FIR) – Gelombang elektromagnetik yang menembus ke dalam tisu di bawah kulit untuk meningkatkan keanjalan kulit, meringankan kesakitan, menggalakkan generasi semula sel dan membantu mengawal pembentukan akne.

Anion – Juga dikenali sebagai vitamin udara, anion meneutralkan antioksidan terlepas untuk membantut tanda penuaan, menghidratkan kulit, mencerahkan wajah pudar dan tanda pigmentasi.

Germanium – Mudah menembus ke dalam sel kulit untuk meneutralkan ketidakseimbangan ion pada kulit untuk mencegah penuaan pra-matang di samping memberikan tenaga kepada kulit

Ultrabunyi/Getaran Sonik – Membekalkan getaran dan membentuk aksi untuk membersih secara mendalam dan mengelupas, mengurangkan kedutan dan kekenduran, menguraikan selulit dan memeperbaiki tona otot.


Monday, March 29, 2010

Elysyle Intimate Hygiene Wash


Elysyle Pembersih Kebersihan Intim ialah produk penjagaan intim 5-dalam-1 yang dirumus khas untuk wanita untuk membersih, melega, merapi, melembap dan membantu mencerahkan kawasan intim.

Dengan ramuan seperti Ekstrak Lady’s Mantle, Ekstrak Oak Gall, Minyak Ylang-Ylang, Vitamin E dan minyak Eucalyptus.

Ia dapat:
  • menghapuskan jangkitan bakteria, kulat dan yis secara berkesan untuk mengurangkan kegatalan dan bau kurang menyenangkan
  • membantu mengurangkan inflamasi
  • membantu mengawal bau atau discaj vaginal berlebihan
  • melegakan membran mukus pada kawasan intim
  • mengekalkan keseimbangan pH bersifat asid untuk menahan kerengsaan, kegatalan, kesakitan dan jangkitan

Tuesday, March 16, 2010

Elken Spirulina


Organik & Alkali untuk Nutrisi Seimbang
  • 100% tulen dan organik
  • Makanan lengkap dengan 46 nutrien penting dalam nisbah seimbang yang memenuhi keperluan badan manusia
  • Konsentrasi pekat nutrien seperti protein (asid amino), vitamin, mineral, karbohidrat, asid lemak perlu, klorofil, beta-karotena, phycocyanin dan xantofil
  • Lebih daripada 10 penghormatan antarabangsa daripada badan kerajaan dan organisasi berdikari
  • Sumber protein bebas kolesterol yang membentuk alkali
  • Mudah dicernakan dan diserap
  • Disijilkan bebas mikrosistin



Pensijilan JHFA oleh Persatuan Makanan dan Makanan Berkhasiat Jepun
Anugerah Emas oleh Persatuan Pemakanan Kesihatan Taiwan
Anugerah Bioteknologi Antarabangsa & Kualiti Penjagaan Perubatan
Anugerah Emas oleh Persatuan Pemakanan Kesihatan Taiwan
Anugerah Berlian Emas oleh Persatuan Pengguna Taiwan
Sijil Makanan GMP
Disijilkan ISO14001 oleh SGS, UK
Disijilkan Halal oleh Jabatan Pembangunan Islamik Malaysia (JAKIM)
Dikilangkan oleh kilang yang disijilkan EN ISO 9001:2001 dan loji GMP
Disijilkan bebas mikrosistin oleh Sains Perikanan, Universiti Antarabangsa Taiwan
Sijil Organik oleh Persatuan Perniagaan Pertanian Organik China

Friday, March 12, 2010

Guamoxa Therapy Set


Guamoxa ialah satu kombinasi guasa and moksibusi untuk terapi pengurusan kesihatan di rumah. Penyelesaian semua dalam satu ini membantu menyingkirkan toksin dalaman melalui kulit sementara merangsang laluan meridian untuk menggalakkan aliran darah dan tenaga untuk mengenali kelemahan dalam sistem badan, mengharmonikan yin dan yang serta mengekalkan kesihatan unggul. Ia juga membolehkan tenaga infra-merah medium-dekat menembusi kulit ke dalam badan dan menggalakkan penghasilan antioksidan.

Melakukan guamoxa secara tetap dapat melegakan tekanan, meningkatkan paras tenaga, mengharmonikan yin dan yang serta banyak lagi kebaikan kesihatan.

Mengandungi:

Dupa Moxa menghasilkan tenaga inframerah medium-dekat dan antioksidan serta mengandungi suatu adunan juzuk sinergistik aktif halus seperti Artemisia Argyl, Rosemary, Gingko Biloba dan daun Linden yang membantu mengharmonikan yin dan yang dalam badan.

Kebaikan:
Memperbaiki peredaran darah
Mempercepatkan kadar metabolik dan mengaktifkan detoksifikasi dalaman
Melegakan kerisauan, sakit otot dan meningkatkan haba badan
Melegakan saraf, menguatkan memori dan menggalakkan kepekaan mental





Moksibusi, atau ‘Jiu’ menghasilkan haba dan tenaga inframerah yang dihantar melalui beberapa titik meridian teraktif demi mempercepat pengaliran ‘qi’ dan darah.

Proses penghantaran boleh:
Merangsang dan menggalakkan pengaliran tenaga penting dalam sistem badan
Menyingkirkan ‘yin qi’ berlebihan (angin patogenik, kesejukan dan kelembapan)
Melegakan otot dan meningkatkan paras tenaga
Melegakan tekanan mental dan menyegarkan badan dan minda
Memperbaiki memori dan daya tumpuan





Krim Moxa merupakan Formulasi Eksklusif yang mengandungi 6 jenis minyak penting – biji anggur, badam, rose hip, zedoang, halia, kayu manis dan 6 jenis ekstrak herbal – arnica montana, ginseng, aloe vera, gingko biloba, angelica Cina (dang gui), chamomile

Kebaikan:
Anti-keradangan
Menyembuhkan kecederaan ringan, melegakan tekanan dan tisu rosak, serta meringankan kesakitan otot
Mengurangkan kesan kerosakan UV pada kulit, memperbaiki peredaran darah, dan meningkatkan metabolisme sel



Teknologi Adunan Halus Sinergistik
Adunan ramuan botani aktif halus memastikan kesan sinergistik maksimum

Teknologi Tisotrofi
Penyerapan pantas dan penembusan mendalam ramuan botani mencepatkan penghantaran tenaga penting dan ‘qi’ ke seluruh badan


Minyak Aro Guasa mengandungi ekstrak beri juniper, rosemary, thyme, halia dan lada hitam yang amat sesuai untuk urutan atau guasa.

Kebaikan:
Menggalakkan peredaran qi dan darah
Menyingkirkan angin, kepanasan patogenik dan toksin tanpa meninggalkan kesan minyak atas kulit
Detoksifikasi

Menggalakkan kesihatan secara keseluruhan dan membantu mengembalikan keamanan hidup. Mempunyai kesan sederhana yang sesuai walau untuk kulit kering dan sensitif



Guasa board diperbuat daripada tanduk kerbau, ia mempunyai keupayaan untuk menyisihkan kehangatan patogenik dan menyingkirkan toksin badan. Ia tidak mengalirkan kepanasan atau elektrik atau mencederakan kulit.

Terapi Guasa ialah sejenis ‘manipulasi’ yang digelar ‘Tui’ dalam Terapi Orang Timur Tradisional. Proses ‘pengaktifan’ ini dapat:
Meningkatkan ‘qi’ positif (kandungan oksigen) dalam badan
Menyingkirkan ‘yang qi’ berlebihan (kepanasan patogenik dan kekeringan)
Merangsang laluan meridian untuk meningkatkan daya dalaman
Mengambangkan saluran darah untuk mempercepat peredaran ‘qi’ dan darah
Mempercepat proses detoksifikasi

Thursday, March 4, 2010

Kington Life Plasma

Kington Plasma Hidup ditemui julung kali oleh Rene Quinton, seorang saintis, pakar biologi, pakar fisiologi dan kemanusiaan Perancis. Ia telah digunakan melebihi 100 tahun dan disokong oleh dokumen klinikal ekstensif yang membuktikan kebaikan fisiologinya. Dengan membekalkan elemen surih yang penting untuk transmisi tenaga elektromagnetik, komunikasi sel dapat ditingkatkan, justeru membawa kepada kesihatan dan keberfungsian lebih baik.

Kington Plasma Hidup bukannya air laut biasa. Ia dituai daripada pusaran plankton eksklusif di mana interaksi ekologi menghasilkan 83 jenis elemen biotersedia yang telah dicerna terlebih dahulu oleh plankton laut. Disebabkan manusia memerlukan sekurang-kurangnya 70 jenis mineral untuk mengekalkan komposisi cecair badan yang seimbang, Kington Plasma Hidup dapat mengembalikan keseimbangan persekitaran dalaman kita dengan membekalkan elemen surih ini dalam spektrum penuh dan berkomposisi seimbang. Mineral-mineral juga dalam bentuk kristaloid biotersedia yang membolehkan penyerapan mudah.



Wednesday, February 24, 2010

Fujita Lactose-S


Fujita Lactose-S ialah sejenis suplemen kesihatan 100% natural yang membantu mengekalkan usus yang bersih dan sihat. Ia mengandungi 1 bilion bakteria bifidus yang mesra bersama bakteria baik yang lain untuk mengekalkan persekitaran asidik yang ideal demi membantutkan pembiakan bakteria jahat. Kandungan laktosa juga membantu meningkatkan keseimbangan bakteria baik dalam usus pada paras sihat. Tambahan, penapaiannya akan membebaskan gas asid karbonik yang memperbesar dinding usus dan merangsang pergerakan peristaltik, yakni membantu menyingkirkan sisa degil daripada usus.

Fujita Lactose-S juga bersifat simbiotik. Dalam erti kata lain, ia mengandungi prebiotik dan probiotik yang membantu meningkatkan flora usus yang baik serta kesihatan usus yang lebih baik. Selain itu, ia mengandungi serat diet, ekstrak oat dan vitamin C serta merupakan bantuan pengurusan yang efektif.



Saturday, February 20, 2010

LD-Venus Gold


Kecantikan dari Dalaman

Hormon membentuk sistem endokrin dan bertanggungjawab untuk fungsi perkembangan, pertumbuhan, metabolisme dan penghasilan sepanjang hayat wanita. Perubahan fisiologi sering disebabkan pergolakan hormon semasa fasa kritikal baligh, mentruasi, kehamilan dan menopaus untuk menunjukkan keperluan berbeza badan, justeru mempengaruhi kualiti kehidupan.

Dalam perubatan Cina, organ hati, buah pinggang, sistem endokrin dan penghasilan adalah saling berkaitan dan memberikan nutrien kepada sistem ini dalam kombinasi holistik herba dapat membantu memperbaiki kesihatan keseluruhan di samping menghapuskan simptom fisiologi spesifik atau ketidakselesaan.

LD-Venus Gold diformulasikan menggunakan formula herba teruji dengan herba Cina bergred tinggi seperti Dang Gui, Dang Shen, Dan Shen, Bai jiang Cao, Yi Mu Cao dan Huang Qi untuk membantu mengawal atur kitaran haid, memperkaya darah, membantu dalam pemulihan selepas bersalin dan mungkin menawarkan kelegaan kepada wanita yang mengalami menopaus.

LD-Venus Gold dipek dalam botol kecil dan tidak memerlukan persediaan atau dididihkan. Ia disijilkan halal dan tidak mengandungi hormon, bahan kimia atau ramuan tiruan.